Kawaii-World
Monday 17 October 2016 • 15:33:00 • 0 Love Note


Assalamualaikum!
Meh lah kita cerita pasal minggu kerjaya di KMNs pulak yee. Minggu ni dirasmikan hari Jumaat (14/10) bertempat di surau KMNS. Ada seorang pegawai dari UPU yang bagi taklimat pasal panduan kemasukan pelajar lepasan STPM/Setaraf ke pengajian ijazah pertama which is further studies in degree bila dah habis matriks nanti. Pegawai hari tu pointkan benda benda yang penting especially masa student nak isi borang online. Semuanya ada 13 steps.
1. Beli nombor unik ID BSN.
2. Pastikan kategori kita lepasan STPM/Setaraf.
3. Buka portal rasmi UPU.
4. Untuk pendaftaran kali pertama, wajib masukkan perkara2 penting.
5. Semak syarat e-Panduan dengan teliti.
6. Isi permohonan online.
7. Pastikan kita mengisi maklumat bertanda (*) dgn lengkap.
8. Pilih 12 pilihan mengikut keutamaan.
9. Isi sampai habis.
10. Klik "sah & hantar".
11. Cetak slip permohonan.
12. Simpan slip sebagai bukti permohonan.
13. Semakan & kemaskini permohonan adalah tanpa had tapi jgn tunggu sampai saat akhir.

Haa jelas kan? Then, pegawai UPU ada tekankan perkara Do's & Don'ts. Contoh perkara Do's, pemohon wajib klik butang "sah & hantar" dan Don'ts adalah maklumat tidak lengkap dan palsu. So elakkan lah benda Don'ts yang negative ni okay okay.
Pengiraan merit pun ada disentuh. 90% markah akedemik + 10% markah kokurikulum. And cara pengiraan
markah akedemik = (PNGK÷4.00) × 90
So kena lah belajar rajin rajin utk 4 flat ni (இ﹏இ`。)

Lepas tu, start hari Jumaat malam, ada pameran
Universiti Awam (UA). Macam macam course ada, sampai confuse. Tengok universiti yang ada ni rasa mcm dah tua pulak hahah. Masa pameran tu, ada jugak wakil dari Universiti yang brief pasal course kita. Dapat jugak lah tahu serba sikit pasal course. As for me, aku still tak sure course mana yang aku nak bawak masa naik Uni nanti. Yelah, benda ni mana boleh bawak main. Kena seriusss (;ω;) lagipun still ada masa kan nak fikir. Actually, dari dulu terfikir nak sambung belajar pasal bab medic tapi kena fikir jugak pro's dengan con's. InsyaAllah kalau ada rezeki, boleh laa. Hari sabtu pulak, ada wakil Uni datang bagi taklimat dkt dewan kuliah pasal Universiti masing2.

Okay lah rasanya sampai sini jee. Tunggu next post okay! ヾ(*´∀`*)ノ assalamualaikum.


posted by Ai-chan @ 15:33:00


0 Comments:

Post a Comment

Older Post
Newer Post






Assalamualaikum and hi people ! Welcome to my kawaii land...Don't forget to leave your footprint on my tagboard...Don't open my page source and copy anything without my permission...Enjoy your visit here...
Do follow me dear visitor...^^


1 2 3 4 5